Sunday, March 9, 2014

Pokok Herba Jeremin Atau Pokok Penghalau Nyamuk...

 
pokok jeremin

Pokok herba ni aku beli kat Mardi, Cameron Highlands dengan harga RM5 sepasu. Aku tertarik dengan fungsinya sebagai penghalau nyamuk. Baunya agak kuat tapi wangi, seakan2 bau aerosol... Baunya terhasil bila kita sentuh daunnya. Pokok ini akan membebaskan sejenis serbuk halus dengan bau yang tidak disukai oleh nyamuk. Ia dijadikan pokok hiasan dalam rumah kerana keunikannya itu. Aku tak tahu berapa lama pokok ni boleh tahan hidup dalam keadaan cuaca di rumah aku yang panas terik berbeza dengan cuaca sejuk di Cameron Highlands.... Kajian yang aku buat, pokok ni tak boleh direct ke cahaya matahari dan sukakan suasana redup. Sebab tu la kot ianya sesuai duduk kat dalam rumah...hmmm...

No comments:

Post a Comment