Showing posts with label rosemary. Show all posts
Showing posts with label rosemary. Show all posts

Tuesday, September 16, 2014

Beef Stew...


Whoaaaahhh...macam best jek aku rasa dapat buat stew neh. Lama dah mengidam nak makan stew daging tapi takde resepi yang menarik perhatian aku untuk dicuba. One day (cehhhh)... aku tertengok cerita Selera kat TV3 yang dihoskan oleh chef Anis Nabilah... Brazillian Beef Stew...Dia jugak la yang masak... Jadi aku cuba la buat... Mak aiiii...memang sedap laaaa...alalalalala...

Aku dah try google tapi takde resepinya. Jadi aku taip ikut apa yang aku masak la...

Bahan-bahan:

Daging Lembu Batang Pinang - 1 1/2 kilo - potong dadu besar2
Bawang Besar - sebiji diced
Lobak Merah - sebiji - potong besar sket daripada dadu
Ubi Kentang - 3 biji - diced besar2
Tomato Puree - 3 sudu besar
Serbuk Cili - ikut kepedasan yang disukai tapi aku tak letak sebab baby aku nak makan. Aku tukarkan dengan cili flakes sesudu kecil. Kat dalam siri Selera tu chef letak cili apa ntah aku tatau nama dia...
Brown Stock - aku letak 2 ketul kuib daging dan air biasa.
Daun Bay - 2 helai
Daun Herba Thyme dan Rosemary - patut yang segar punya tapi aku letak yang kering 1 sudu kecil setiap herba.
Garam, Gula dan Blackpepper...

Ok, senang jek bahan dia...tapi musti ada versi derhaka la kannn. Aku tambah 3 biji bawang putih dicincang dan tomato segar 2 biji dipotong 4...

Cara:
1. Daging dilumur dengan garam dan pepper... Goreng dalam periuk sebentar sampai perang sket. Angkat dan asingkan...
2. Tumis bawang besar dan bawang putih menggunakan baki minyak tadi. Kikis semua lebihan daging yang melekat...that's flavour...
3. Bila dah layu, masukkan lobak merah. Kacau sebati.
4. Masukkan tomato puri dan cili. Kacau lagi. Masukkan kentang, tomato dan daging tadi. Kacau sebati...
5. Masukkan air dan kiub daging serta daun bay. Kacau sampai mendidih.
6. Masukkan thyme dan rosemary...
7. Rasa garam dan gula...

pssssttt... garam jangan letak banyak sebab kuib daging dah masin dan daging dah dilumur dengan garam masa goreng tadi.

Sepatutnya stew kene pekat la kannnn tapi aku nak ianya soupy... sedap hirup wehhh...

Siap...hehehe!

Wednesday, July 2, 2014

Rosemary And Thyme Roasted Chicken with Adela...

Gempak tak nama? wakaka.... Ni ayam panggang yang aku reka sendiri. Bila tekak terasa nak makan sesuatu yang berlainan daripada yang biasa. Resepi yang sangat simple....hanya letakkan sedikit rosemary segar, daun thyme yang segar, sedikit blackpepper dan chilli flakes... letakkan sedikit marjerin adela sini sana dan bakar sampai masak untuk lebih kurang 1 1/2 jam ke 2 jam ikut besarnya ayam yang digunakan. 



 
Ni bila dah masak. Soooo sexyyyy!!! Daun thyme dan rosemary tu akan jadi garing sebab marjerin Adela tu. Krup krap krup krap kerangupannya tuh. I likeee...

Tuesday, April 29, 2014

How To Dry Rosemary...

Image:Dry Rosemary Step 12.jpg
sumber wikihow


Ada 3 cara nak keringkan rosemary ni...
  • using hanging method
  • using oven method
  • using a food dehydrator
 Aromatic and flavorful, rosemary is one of the sturdiest and most popular herbs. Unlike many other herbs, rosemary loses little of its flavor when dried, which makes it a great choice for drying and storing at home. Drying rosemary is very easy to do, and will ensure that you have plenty of this aromatic herb at hand for use in your favorite dishes. Dried sprigs of rosemary are also a lovely, aromatic decoration.

Tips:- 

Rosemary has a number of uses. It's excellent seasoning for pork, chicken, fish and seafood. Rosemary is astringent, so you can add it to steaming-hot water and use it for a facial steam treatment. The evergreen smell is invigorating, so add several rosemary sprigs to a hot bath for a quick pick-me-up. Rosemary tea is also considered to stimulate mood and circulation, and soothe the nervous system.

    If you don't have access to a food dehydrator or the appropriate drying environment, you can also preserve fresh rosemary by freezing it. Wash and shake, blot or spin the sprigs dry, then freeze in plastic bags. Once the rosemary is thoroughly frozen you can pick the leaves off the stems and package them in a mason jar, vacuum packer or any other well-sealed container.

Thursday, March 6, 2014

Rosemary...

Rosemary... herba yang mula-mula sekali membuka minat aku untuk terus meneroka penggunaan herba dan rempah-ratus dalam masakan. Aku kenal herba ni melalui Chef Jamie Oliver dalam siri Oliver's Twist. Aku masih ingat lagi, chef Jamie guna herba rosemary untuk membuat roti. Roti? Rasa asing sangat pada pendengaran aku. Malah aku masih belum cuba buat pon...
 









Rosmarinus officinalis, commonly known as rosemary, is a woody, perennial herb with fragrant, evergreen, needle-like leaves and white, pink, purple, or blue flowers, native to the Mediterranean region. It is a member of the mint family Lamiaceae, which includes many other herbs. The name "rosemary" derives from the Latin for "dew" (ros) and "sea" (marinus), or "dew of the sea". The plant is also sometimes called anthos, from the ancient Greek word ἄνθος, meaning "flower". - petikan dari wikipedia.


Aku pernah terjumpa satu site yang share info tentang cara penanaman rosemary ni sama ada melalui bijih benih atau keratan batang. Penanaman melalui bijih benih mengambil masa yang terlalu lama untuk bercambah. Teknik keratan batang adalah yang paling cepat. Aku beli rosemary segar dari pasaraya dan cuba ikut apa yang diajar.  Dah dua kali aku cuba buat tapi kedua2nya gagal. Sebab? Tak tahu la...mungkin faktor cuaca kot. Aku suka masak ayam panggang guna daun rosemary ni. Beli banyak2 dan simpan dalam peti ais pon tak boleh. Rosemary ni akan jadi busuk. Langkah terakhir, aku beli yang kering atau aku keringkan yang segar.Sekarang aku dah ada satu pasu yang aku beli kat Cameron Highland dengan harga RM7. Tengok setakat mana ia boleh bertahan...

Khasiat Rosemary...
Kajian menunjukkan rosmari bersifat antibakteria, antikulat, antioksida, antitumor, menimbulkan hiperglisemia, menghalang pembebasan insulin, dan racun serangga. Ia bersifat racun jika digunakan secara berlebihan. Ia tidak sesuai kepada wanita hamil atau yang ingin hamil. Dos yang sangat tinggi boleh menyebabkan sawan dan kematian, tetapi jarang-jarang berlaku. Timol bersifat antiseptik, menurunkan tekanan darah dan kadar degupan jantung, digunakan dalam farmasi dan ubat gigi tetapi boleh juga menyebabkan dermatitis kalau digunakan dalam cara pekat pada kulit yang sensitif. - wikipedia.