Saturday, April 12, 2014

Puri Untuk Si Manja...Majalah Pa&Ma April 2013...

Puri Nasi Bercampur Brokoli...
  1. Segenggam beras (lebih enak jika menggunakan beras wangi) dicuci bersih.
  2. Masak beras seakan memasak bubur nasi. Biarkan mendidih sehingga nasi kembang. Untuk mendapat tekstur bubur halus, kisar bubur nasi yang telah disejukkan. Campurkan puri brokoli bersama puri nasi.
  3. Bubur nasi ini boleh dijadikan bahan asas untuk dihidangkan bersama.

Puri Sayur-Sayuran Dan Buah-Buahan...
  1. Ambil lima kuntum kecil brokoli.
  2. Rebus atau kukus sehingga lembut.
  3. Kemudian kisar sehingga hancur dan halus.

Puri Epal...
  1. Buah epal dipotong dadu dan dibuang kulitnya.
  2. Kemudian rebus bersama sedikit air.
  3. Masak sehingga menjadi lembut.
  4. Kisar halus.

Puri Lobak Merah...
  1. Sebatang lobak merah bersaiz kecil (lobak merah kecil lebih manis berbanding bersaiz kecil) dibuang kulit.
  2. Potong lobak merah menjadi bentuk dadu dan rebus sehingga lembut.
  3. Kisar sehingga halus. Tambahkan sedikit air semasa mengisar bahan ini. 

Puri Pisang...
  1. Ambil sebiji pisang yang telah masak. Buang kulitnya.
  2. Kisar pisang dengan sedikit air sehingga halus.

    No comments:

    Post a Comment