Tuesday, April 22, 2014

Ayam Kicap Berempah Dan Berkerisik...


Dah lupa la kat mana dapat resepi ni...huhuhuuu... Satu lagi variasi ayam masak kicap yang sedap...

Bahan-bahan:-
Seekor Ayam - potong dan bersihkan. Lumur dengan sedikit kunyit serbuk dan garam. Goreng separa masak.
1 sudu makan Lada Hitam - ditumbuk
1 sudu makan Cili Kisar / Giling
2 sudu makan Kicap Pekat
2 sudu makan Kicap Manis atau secukupnya
Gula dan Garam atau Madu
Air Asam Jawa
Rempah 4 sekawan
2 sudu makan Kerisik

Bahan Kisar:-
5 biji Bawang Merah
1 biji Bawang Besar
2 biji Bawang Putih
1 inci Halia
1/2 inci Lengkuas
1 batang Serai

Cara:-
Gaul ayam yang telah digoreng separa masak tadi dengan 1 sudu makan kicap pekat. Perap selama 1/2 jam. Tumis 4 sekawan sampai naik bau. Masukkan bahan kisar dan cili kisar atau giling. Kacau sampai masak dan masukkan kicap pekat tadi. Masukkan ayam dan kerisik. Kacau sebati dan masukkan sedikit air. Kacau lagi. Masukkan kicap manis, garam, gula dan air asam jawa. Kacau sampai masak....

No comments:

Post a Comment