|
pudina yang aku tanam |
Daun Pudina atau Mint... boleh digunakan dalam masakan dan minuman. Aku mula2 beli daun pudina ni sebab nak masak lauk guna resepi baru. Batangnya aku cuba tanam sebab aku ternampak akar keluar darinya. Ini pudina aku yang semakin membesar. Tak susah nak hidup rupanya...
|
batang pudina yang aku rendam |
Kali kedua aku beli pudina ni sebab jualan murah. 2 packet hanya RM1.20. Daunnya aku petik dan simpan dalam peti sejuk dan batangnya aku rendam dalam air. Bila dah keluar anak2 daunnya, aku transfer masuk dalam pasu. Harap hidup la... Walaupun aku tak banyak gunakan pudina ni dalam masakan, tapi campurkan dalam minuman seperti teh ais pun sedap jugak...
Daun Pudina merupakan sejenis
tumbuhan herba
yang banyak kegunaannya. Merupakan sejenis herba yang berasal dari
keluarga Labiatae dan ia tergolong dalam spesies mentha. Terdapat
berbagai jenis pudina di seluh dunia, antaranya:
- mentha spicata "moroc-can" yang berkesan dalam meredakan kekejangan otot,
- mentha aquatica untuk merawat cirit-birit
- mentha arvensis yang boleh melegakan demam selsema dan menghilangkan rasa loya.
Pudina bertindak sebagai perangsang dan membantu penghadaman serta
mengurangkan flatulens. Ia juga bersifat antiseptik, antiparasit dan
antivirus. Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh.
Daun pudina juga digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat
selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan. Minyak
yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta
kejutan dan mempertingkatkan konsestrasi. - dari wikipedia.
Assalamualaikum, anda atau ahli keluarga ada masalah:
ReplyDeleteBacaan gula tinggi (10 ke atas, belasan, atau 20 ke atas)
mata rabun atau kaki luka akibat kencing manis
Sukar kawal gula walaupun dah cuba pelbagai petua dan herba
Jangan biarkan keadaan semakin serius!
Kami ada teh herba khusus yang:
Dihasilkan daripada herba terbaik untuk turunkan gula dengan cepat.
Selamat, tanpa bahan kimia berbahaya.
Tidak menyebabkan angin atau sakit urat.
Membantu luka kering dan sembuh sepenuhnya.
Melegakan sakit saraf akibat kencing manis.
Harga hanya seratus lebih untuk sebulan.
Jangan tunggu sehingga komplikasi lebih serius seperti amputasi. Rawat sekarang untuk kesihatan yang lebih baik.
Hubungi/WhatsApp:
Mohd Zuhairi Bin Noordin
017-468 7570
Insya-Allah, ikhtiar ini membantu anda.